ABOUT ENTRY TWITER INSTAGRAM
BOOMERANG
Ahad • 9:15 PTG • 0 comments

 


Its not a good day for me. Betul lah apa yang orang cakap "Life is a BOOMERANG. What you give, you will get" Aku dah rasa sekarang. Sakit! Aku tak kuat sebenarnya. Sumpah aku cakap 2020 bukan tahun aku. Macam macam jadi untuk tahun ni. Aku banyak hilang (bukan lah hilang cuma menjauh) orang yang aku rapat, orang yang aku rasa sampai bila bila akan ada dengan aku and for sure orang yang aku sayang. Tapi tak boleh nak buat apa, itu lah kehidupan yang sebenar. Punca nya dari aku juga. Kadang kadang tu bila duduk sorang sorang selalu terfikir apa sebenarnya yang aku nak. Tak cukup lagi ke dengan apa yang aku ada sekarang. Eeeeee aku benci dengan diri aku. Tengok sekarang apa jadi. Diri sendiri kene tanggung sakit nya tu.

How I wish I could turn back time to make a different choice. Sekarang ni orang yang aku rapat slow slow menjauh dari aku and mungkin akan sampai bila bila. Aku tak ready untuk tu tapi aku kene terima. Aku tak sangka sesetengah dari orang yang aku jumpa sangat memberi kesan dalam hidup aku. Aku sedih dan aku sangat lah kecewa sampai tak boleh nak menangis. Hanya mampu berkata kata dalam blog yang takkan ada siapa siapa tahu. Yaaaa, for sure aku akan rindu dan setiasa rindu dengan kenangan aku dengan seseorang yang pernah datang singgah sebentar lalu pergi. Aku tahu setiap orang yang datang dalam hidup kita bukan saja saja. Semua tu telah ditentukan mungkin untuk mengajar kita sesuatu. I forgive for everything and I also learn a lesson. Dan aku janji dekat diri sendiri yang lepasni aku takkan sesenang tu je untuk terima orang masuk dalam hidup aku. Aku harap aku akan baik baik sahaja untuk teruskan kehidupan macam biasa walaupun hati ini tak kuat 😞 Goodnight. Have a good rest dearself!


-Your ex happiness-

10/08/20 (9:57PM)



PAST
MY WORDS;
Just a girl caught up in dream and fantasy ❤️